BE MY FOLLOWERS

TIPS / INFO FESYEN

Info pemakaian Tudung Syria:
i-Tudung Syria tanpa corak (plain) lebih nampak vogue digayakan bersama pakaian yang formal spt baju kurung, jubah & kebaya (nak nampak eksklusif, tambah batu2 kat bhg tepi tudung & inner ).

ii- Tudung syria corak pula amat sesuai dipakai utk aktiviti casual (digandingkan dengan jeans & t-shirt).

iii- Trend terkini pemakaian tudung syria: Sarungkan ibu tudung menghala ke arah belakang sedikit utk menunjukkan sebahagian besar anak tudung (inner scarf). Tarik bhg kiri & kanan inner ke arah bawah muka agar muka tak nampak bulat & pendek.

iv- Supaya dahi tidak nampak terlalu luas, pakai Inner scarf yg mempunyai banyak layer (dual, triple etc) sebab nampak seolah-olah dahi kita tu ala-ala kecik/runcing gitu mcm layer2 yg pelbagai color kat inner tu....

v- Nak nampak lagi vogueeeeee......pakai sanggul ala2 sanggul arab...mcm ramai celebrities TV3 pakai tu....tak perlu rambut panjang nak buat sanggul nie, asal rambut boleh ikat pastu cari klip rambut yg berbentuk kelopak bunga yg besar, klipkan kat ikatan rambut tadi...dah boleh jadi mcm sanggul arab......style sanggul ni TERAMAT sesuai utk muka bentuk BULAT....muka akan kelihatan sedikit bujur.....
.........SALAM BERFESYEN......

TIPS: PENAMPILAN
1. Tip Memilih Pakaian
Pilihan pakaian perlu sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian si pemakai.
Contohnya :-
a. Bagi yang berbadan langsing dan tinggi amat tidak sesuai memakai pakaian yang terlalu longgar. Begitu juga
sebaliknya, bagi yang berbadan berisi pula amat tidak sesuai memakai pakaian yang ketat dan mengikut bentuk badan atau teramat besar.
b. Bagi yang langsing dan tinggi juga tidak sesuai memakai pakaian yang berjalur panjang dan sebaliknya yang berbadan besar amat tidak sesuai memakai corak yang jalur melintang kerana akan kelihatan lebih lebar dan besar.
c. Bagi yang berleher jinjang kolar tegak (mandarin) akan kelihatan ayu, tapi yang bersaiz pendek dan besar serta leher yang pendek, kolar tegak amat tidak sesuai.
d. Bagi muslimah yang berkerjaya, cara berpakaian amat penting; pakaian tidak perlu banyak dan mahal, namun yang penting bagaimana anda menampilkan gaya yang sesuai dengan kerja dan personaliti anda. 

Pastikan pilihan anda menggambarkan imej sebagai pekerja yang efektif ia dilihat dari aspek:-
i. Keselesaan dan kelihatan menarik:
Secara psikologi, pakaian yang menarik akan menyebabkan anda berasa selesa dan gembira.
ii. Gaya yang bersesuaian dengan kerjaya:

Pemilihan pakaian perlu sesuai dengan bidang kerjaya seperti jika berkaitan seni pakailah pakaian bergaya klasik;
i- seorang guru lebih sesuai berpakaian tradisional. Jika seorang profesional dan terlibat dalam kerja-kerja luar, blaus labuh dan berseluar (jubah seluar) adalah lebih sesuai.
iii. Warna:
Untuk bakal eksekutif korporat warna asli dan gelap adalah digalakkan jangan memilih pakaian berwarna garang dan terang. Gaya yang berlebihan & keterlaluan menampilkan imej yang agresif.
iv. Kemas DiPakai:
Pastikan pakaian kelihatan kemas di badan. Jangan memalukan diri dengan memakai pakaian terlalu ketat dan sendat atau terlalu longgar dan menggelebeh. Sebelum melangkah keluar, lihat imej keseluruhan tubuh di cermin.
v. Pemilihan Tudung:
Anda perlu berhati-hati apabila memilih tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian. Pilih jenis tudung yang berwarna lembut dengan motif yang tidak ketertaluan. Pilihan tudung bertekstur (bercorak) juga jangan berlebihan. Motif kulit binatang kurang sesuai untuk acara rasmi.
vi. Aksesori Penambahan Seri:
Bertudung bukan bermakna mengenepikan aksesori tambahan, ia merupakan pelengkap penampilan yang bijak.
Aksesori membantu menambahkan variasi kepada gaya dan anda kelihatan berbeza. Namun pilihlah aksesori yang mempunyai rekabentuk ringkas dan tidak sarat atau besar.
vii. Kasut:
Bagi melengkapkan gaya muslimah yang sebenar, pemilihan kasut bertutup termasuk but warna hitam coklat gelap amat sesuai untuk gaya korperat. Gaya ini lebih ringkas dan formal selain daripada dapat melindungi sebarang kecacatan yang memalukan seperti parut di kaki.
viii. Solekan:
Walaupun anda kurang gemar bersolek, namum jangan diabaikan kerana ia penting untuk menampilkan keyakinan dan kesegaran wajah. Solekan ringkas dan semulajadi adalah yang terbaik kerana ia membantu anda kelihatan baik dan profesional.
2. Gaya Aksesori
Di dalam Islam, pakaian yang disarung ke tubuh hendaklah mengikut tertib dan syariat yang telah ditetapkan.
Penampilan muslimah terutamanya muslimat berkerjaya seringkali mengundang perhatian ramai. Antara sedar dan tidak, cara anda berpakaian boleh memberi pelbagai pesepsi mengenai peribadi dan tingkahlaku anda. Ia turut  memberi kesan dalam mempengaruhi pandangan orang lain.

b. GAYA HIDUP SIHAT
1. Amalan Pemakanan Sihat
1.1 Makanan yang dimakan
1.2 Punca makanan yang diperolehi
1.3 Aktiviti fizikal riadah yang dilakukan
1.4 Amalan kesihatan harian yang positif
Oleh itu, setiap individu perlulah :-
- Makan makanan yang sihat
- Makan pelbagai jenis makanan
- Imbangi makanan yang diambil dengan aktiviti fizikal
- Pilih diet yang tinggi bijirin dan kekacang
- Lebihkan mengambil sayur-sayuran
- Serdehanakan pengambilan gula dan garam
- Pilih diet yang rendah kolestrol dan lemak
- Minum banyak air
- Makan makanan yang bersih dan selamat

2. Pupuk Kestabilan Emosi
Untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, anda dan ahli keluarga perlu mempunyai emosi yang stabil agar berupaya menikmati keupayaan, cekal dan mampu menangani masalah disamping mempunyai keyakinan diri.

3. Senaman Berkala
Senaman diperlukan bagi meningkatkan tahap kecergasan seseorang – konsep kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan yang syumul membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna, bahagia dan bertenaga. Peningkatan kecergasan mencerminkan imej dan penampilan peribadi yang perlu dijaga oleh setiap individu.
3.1 Aktiviti Bersenam
- bejalan kaki
- Berjoging @ berlari
- Bersenam Robik
- Berbasikal
- Melompat Tinggi
- Berenang
- Bersukan
- Berkebun
- Melakukan kerja-kerja rumah
3.2 Memilih Aktiviti
- yang menyeronokkan
- Sesuai dengan jadual harian anda
- Boleh dilakukan dirumah @ berdekatan dengan rumah
- Sesuai dengan tahap kesihatan anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails